<strong>Kedah Stem Fair 2023 Langkah Untuk Melahirkan Tenaga Kerja Industri</strong>

STEM 2023s
News

Kedah Stem Fair 2023 Langkah Untuk Melahirkan Tenaga Kerja Industri


AHAD (8 JANUARI 2023) – KULIM – Pada tahun 2021, Negeri Kedah telah dikejutkan dengan kemasukan pelaburan dalam sektor perkilangan yang tinggi berjumlah RM65.2 bilion. Manakala, setakat September 2022, angka yang dicatatkan oleh MIDA bagi pelaburan dalam sektor perkilangan adalah sebanyak RM11.2 bilion. Kemasukan pelaburan yang begitu besar dalam tempoh yang singkat mutakhir ini telah memberi satu kejutan kepada pasaran tenaga buruh di wilayah utara semenanjung Malaysia khususnya di Negeri Kedah. Keperluan tenaga buruh sama ada dalam kelompok ‘White Collar’ mahupun ‘Blue Collar’ telah melonjak naik dengan mendadak. Dianggarkan seramai 17,438 orang pekerja berkemahiran terutamanya dalam bidang Sains dan Teknikal diperlukan bagi memenuhi keperluan pelaburan yang masuk pada dua tahun yang lepas.

Pengerusi Jawatankuasa Industri dan Pelaburan, Sains, Teknologi dan Inovasi, Pengajian Tinggi Negeri, Dato’ Wira Dr. Ku Abd. Rahman Ku Ismail berkata dalam banyak platform sebelum ini, situasi kekurangan tenaga kerja yang dihadapi oleh Negeri Kedah masa kini adalah satu masalah yang besar tetapi masalah ini adalah masalah yang positif. Bagi menyelesaikan isu ini, perlu difikirkan satu langkah penyelesaian yang efektif. Jabatan dan Agensi Kerajaan, Institusi Pengajian Tinggi serta pihak Industri perlu bekerjasama secara berstruktur untuk menggariskan satu strategi dan tindakan jangka panjang dan jangka pendek.


Hadir sama Presiden Kulim Industrial Tenants Association (KITA), Dato’ P’ng Soo Hong; Timbalan Pengarah Makro dan Penswastaan, Bahagian Perancang Ekonomi Negeri (BPEN), Rizawati Ramli; Ketua Penolong Pengarah Pembangunan Bakat Murid Jabatan Pendidikan Negeri Kedah (JPN), Wan Nor Azman Zainol dan Ketua Eksekutif Kumpulan Kulim Technology Park Corporation (KTPC), Dato’ Mohd Sahil Zabidi.

Alert: You are not allowed to copy content or view source !!